Daisypath Anniversary tickers
asalamualaikum..selamat datang ke blog budak pipi tembam..terima kasih sudi singgah sini..^^

Thursday 19 September 2013

Aku, Manik & Labuci #part2

Assalamualaikum dan selamat malam buat warga blogger. 

Malam ni dah siap tunaikan niat nak tulis sambungan entry Aku, Manik & Labuci part 2 yang dah lama tertangguh. :) Asalnya, minat jahit manik labuci ni timbul sejak Tingkatan 5, dah nak habis sekolah baru sibuk dengan manik labuci bagai padahal tahun sebelum-sebelum tu tak kisah pun. Sebabnya, masa tu kawan cik pipi yang sorang tu jahit jugak kat baju kurung dia. Tengok macam lawa je, so lepas habis SPM dalam tempoh berhoneymoon kat rumah tu mula la gatal tangan nak jahit. Jahit ni pun sekadar suka suki nak luangkan masa dengan berseni. Orang lain berseni main muzik or bersajak or dalam bentuk lukisan. Tapi disebabkan tangan ni xreti pun nak petik note-note gitar, bersajak pun lebih kurang je, lukisan lagi tak payah cakap la kan TERsangatlah seninya, so beralih la ke dunia seni jahitan manik sebab kalau buruk pun boleh buat-buat jadi lawa. :) 

Hehehe, masa tu tangan pun kekok lagi nak pegang jarum, benang bagai so hasilnya punyalah buruk macam ni....



baju pertama dan kedua yang dijahit manik :)
*huh buruk bebenor ghupenyer*



Then, bila dah biasa sikit jadi macam ni pulak :) 


 design yang umpama jaring jala ikan :D
*baju ni kain cotton so mudah nak jahit*


And... bila dah mahir sikit hasilnya macam ni.... :) 


design ala-ala pucuk sirih tapi macam tak jadi jek :)
*baju yang tersusah nak jahit coz material chifon yang sangat nipis*



design halfmoon inspirasi dari bulan :)
*kain cotton tebal yang sedap untuk jahit manik* 



design ilham dari otak sendiri dan yang paling fav 
coz kain english cotton yang sedap dipakai :)
*paling lama nak siap 3 4 bulan rasanya coz buat sambil belajar*



Masa dah sambung belajar kat kuantan tu kawan-kawan suka dengan hasil jahitan cik pipi. Masa belajar tu tak sempat la nak ambil bebanyak tempahan sampaikan ada kakak seorang tu nak suruh jahitkan kat baju akad nikah dia, tapi terpaksa tolak takut nanti ganggu tumpuan belajar. So inilah gambar-gambar tempahan mereka *thanks guys* :)




baju cik azila yang nak pakai masa E-Day kakaknya :)
design : cik Azila
*sweetnyer pakai warna hijau pucuk pisang + orangnya berkulit cerah*




baju cik nabiha :)
*plain sangat katanya so nak tambah blink2 sikit*




baju cik faezah ni dah bermanik tapi nakkan jahitan cik pipi jugak..:)
design: inspirasi dari bunga sakura
*sanggup dia uraikan jahitan manik baju ni sebelum ditambah blink blink macam ni*



Oleh kerana jahitan yang kemas *kemas la jugak bak kata azila*, dia sekali lagi menempah dengan cik pipi untuk baju yang akan dipakai pada hari perkahwinan kakaknya pada bulan Jun yang lepas sekali dengan baju dan tudung emaknya. Fuh fuh fuhhhhhh... nervous beb baju orang tu nak pakai time event besar lak tu. Kalau hodoh macam mana?? malu tuan rumah nanti dah la family kami memang rapat pun kang tak pasal-pasal jadi kes pulak sebab bajunya huduh. Hehehe demi kawan tersayang siang malam survey design kat tenet dulu baru la jahitkan. Bukan apa, baju dan tudung jahitan butik kan lebih cantik, cik pipi risau kalau orang tengok emak dan adik pengantin perempuan pakai baju biasa-biasa aje. Alhamdulillah, last-last mak dia pun suka sekali dengan dia pun suka :)




 baju cik azila :)
pandangan sisi



:)



tudung emak azila :)
pandangan sisi
*1st tudung yang cik pipi jahit*




pandangan atas :)



Sebenarnya, selain menjadikan baju nampak lebih cantik dan menarik, jahitan manik pun boleh dijahit pada tudung, shawl, kasut dan handbeg. Cuma jahitan pada kasut dan hanbeg adalah lebih rumit dan ambil masa yang lama berbanding baju dan shawl dan upah yang lebih mahal. Jahitan manik jugak mampu menjana pendapatan yang lumayan bergantung pada jenis jahitan dan material yang digunakan. So, berminat nak tempah? boleh pm FB cik pipi di SINI :)

Till next entry guys. bye.






notakaki: selagi ada minat, segalanya tak mustahil. :)

Thursday 12 September 2013

Raya yang dah EXPIRED! #Bhg1

Assalamualaikum buat warga blogger dikasihi. Setelah tamatnya raya pada Jumaat lepas barulah terasa nak update blog pasal raya. cerita basi! Tapi sebab kengkawan tenggah tunggu entry ni kena lah buat jugak kan. *heh tak ikhlas betul lah* peduli hape janji mesti ditepati. cerita pasal raya tahun ni banyak sesangat sampai tak tahu nak mula dari mana. So, dipendekkan cerita, kuih raya semuanya tunjuk belaka, baju raya yang nak pakai sesangat tu tak sempat siap *critical* tup tup dapat pulak baju raya free diSPONSOR oleh kak sepupu *tq kak mimi jasamu dikenang. muahh* :P

ni la baju sponsor tu. nasib baik padan. :)

Then, langsir pakai je yang tahun lepas-lepas, kasut raya last puasa baru pergi cari pakai teknik "tengok->belek-belek->bekenan dihati->bayar. Simple kan?:) hehe memandangkan usia dah "dewasa" tak la hadap sangat nak baju raya 5 6 pasang or ronda sampai pening untuk cari kasut raya macam zaman kanak-kanak dulu. Kesian abah dulu kena ikot je anak kesayangan dia ni ronda tengah panas cari kasut. selagi tak jumpa tanak balik rumah pulak tu. Haish teruk betol lah budak tu masa kecik dulu, anak saper la tu kannn :P 

Raya 1st macam korang jugak lah, pergi masjid then ke kubur menziarahi kubur arwah tokwan dan nenek sebelah abah, petang balik Kedah ziarah kubur tokwan dan nenek sebelah emak pulak. Walaupun tak semua family, sedara mara berjumpa tapi kami still 1 happy family walaupun dah tak bersama kedua arwah. semoga Allah menempatkan mereka dikalangan orang-orang beriman. Amin.

Famili belah emak :)
*tak termasuk sepupu yang raya kat s.p & melaka* :)


suami isteri, adik beradik, ipar duai :)
*mak long, mak ngah, makabah, makcik*


diny, me, syafikah, kak ja
  *cousin & nephew*

Dua tiga hari lepas tu mula la konvoi 1st series & 2nd series rumah kengkawan, dari pagi sampai petang. Tak cukup lagi, buat konvoi tengok movie The Conjuring pulak. Orang dah cakap tengok cerita tu memang tak tidur malam tapi degil kan, semua nak tengok jugak last-last aku 3 malam tak boleh tidur lena. haha tanggung lah dah nak tengok sangat kan. ^^

Gambar konvoi 1st series :)

konvoi rumah senpai Farhana :)


konvoi kat rumah fairuz :)
me,mar,nani,fairuz,fanis,azila


fanis, senpai farhana, me


konvoi rumah azila :)


kembar tak seiras tak seibu sebapa :)
*shayang kak azila tomei-tomei nih*

Yang ni gambar-gambar konvoi 2nd series pulak :)

pepagi lagi kat rumah cik pipi :) 
*ceria dan chomel lagi pepagi ni*


then, rumah my kakak kembar tak seiras:)


lastly, rumah ain :)
*muka kekenyangan dan dah serabai* :D

Actually, banyak lagi gambar tapi tak larat lah nak upload. harap tuan rumah yang tak de gambar dalam ni jangan marah ea. :)

LASTLY........


muka happy sebelum tengok The Conjuring.


friendship last forever :)

next entry: Raya yang dah EXPIRED! #Bhgn2 pulak :)



notakaki: sahabat sejati sentiasa bersama susah & senang :)