Daisypath Anniversary tickers
asalamualaikum..selamat datang ke blog budak pipi tembam..terima kasih sudi singgah sini..^^

Tuesday 21 January 2014

Ilmu Petang :) #caraSyiahsolat

Assalamualaikum warga blogger :). Alhamdulilah petang-petang macm ni duk klik sana klik sini jumpa pulak artikel pasal SOLAT CARA ORANG SYIAH dan berhajat untuk berkongsi ilmu ini. Walaupun ramai yang dah tahu pasal syiah yang kini semakin tersebar di Malaysia, tapi kita tidak tahu adakah orang-orang sekeliling kita mengamalkan ajaran Syiah atau tak? Sekali pandang mungkin kita tidak perasan, tapi bagi yang tahu pasal Syiah ia merupakan ajaran yang sangat bersimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenarnya....Moga-moga ilmu yang cik pipi share petang ni dapat dikongsi bersama rakan blogger dan pembaca blog cik pipi... semoga Allah S.W.T memberi ganjaran kepada kita dan terhindar daripada ajaran sesat Syiah. Amin..



Ini Dia Cara Orang Syiah Solat  1


Syiah mengamalkan ajaran yang lari dari ajaran Ahli Sunnah dan jauh dari wahyu, golongan ini mereka-reka hukum dan mengadakan perkara bid’ah yang sesat dan menyesatkan, moga-moga kita dijauhi daripada golongan Syiah ini yang merosakkan akhidah umat Islam.
Sejak berlakunya revolusi Syria barulah kita mengetahui tentang niat mereka sebenarnya, mereka cukup membenci kaum Ahli Sunnah sehingga mereka menghalalkan darah ahli sunnah. Dan kita sebagai Umat Islam janganlah membenarkan mereka ( Syiah ) daripada berpijak di bumi tercinta ini.
Di bawah ini antara gambar-gambar cara ibadah orang Syiah yang bercanggah dengan Islam:
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 2.0
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 2.1
Iman sembahyang mereka, berada di dalam satu lubang separas lutut dan berada lebih rendah dari makmum.
Pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat (tidak solat Jumaat) kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya sahaja.
Banyak pihak mengatakan bahwa orang Syiah melakukan solat sama seperti orang-orang Islam namun hanya untuk sekadar taqiyyah (berpura-pura). Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syiah. Taqiyyah pada hakikatnya adalah “berdusta dan berbohong”. Pentingnya taqiyyah disisi Syiah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 4
Mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat segi. Ertinya dahi dan hidung tidak kena lantai. Batu itu disediakan dalam masjid atau mereka bawa sendiri ke mana mereka pergi. Batu yang paling suci pada mereka ialah diambil di Karbala kemudian Masyad dan di Qom. Kalau tidak dapat juga boleh juga gunakan batu-batu di tempat lain.

Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 5
Satu lagi cara sujud mereka puak-puak syiah ini, Kalau tidak ada batu, mereka akan gunakan apa-apa yang tumbuh dari bumi sebagai tempat sujud (letak dahi). Paling tidak, sujud atas tapak tangan. Tujuan mereka buat begitu kerana kata mereka manusia jadi dari pada tanah. Apa jenis sujud pun kita tidak tahu.

Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 6
Inilah contoh ajaran Syiah yang menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Mereka bersembang waktu tengah solat. inilah Ulamak Syiah yang diagung-agungkan mereka solat sambil berborak.

Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 8
Syiah solat bukan dengan tatacara solat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.

Kubur Khumaeni ditawaf tiap-tiap hari dan diberkati dengan bermacam-macam amalan taghut, ini adalah satu ibadah mereka jauh tersimpang dari ajaran Islam yang sebenar, ini mengambarkan kesesatan Syiah yang nyata.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 12
Puak-Puak Syiah membina Kaabah sendiri di bandar Najaf, mereka akan tawaf sebagaimana tawaf di Batullah Makkah. sesat dan amat menyesatkan.
JOM SEBARKAN!! Mari selamatkan akidah umat islam dari ajaran sesat Syiah. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita. sebarkan artikel ini sekiranya anda seorang yang prihatin dengan akidah umat Islam.
*kreditkan artikel kepada hasnulhadiahmad.com *



notakaki: sesaje post entry hilangkan rasa mengantuk petang-petang ni. huhu :)




Monday 13 January 2014

Salam Maulidur Rasul :)

Alhamdulilah masih bernafas pada hari mulia ini, 12 Rabiulawal bersemperna hari Maulidur rasul, Nabi Muhammad S.A.W. hehe da lama kan cik pipi tak update blog. Jom share sikit pasal biodata Nabi Muhammad S.A.W.

NAMA : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib.
TARIKH LAHIR :  Subuh Isnin,12 Rabi'ulawwal bersamaan 20 April 571 Masehi Tahun Gajah.
TEMPAT LAHIR : Rumah Abu Talib,Maakatul Mukarramah.
Gelaran: AL AMIN
Pengasuh Pertama: Ummu Aiman
Ibu Susu Pertama: Thuwaibatul Aslamiah
Ibu Susu Kedua: Halimah As Saadiah
Isteri-Isteri Rasulullah :
1] Khadijah bt Khuwailid.
2] Aisyah bt Abu Bakar.
3] Hafsah bt Umar.
4] Ummi Habibah bt Abu Sufyan
5] Hindun bt Umaiyah.
6] Saudah bt Zam'ah
7] Zainab bt Jahsy.
8] Zainab bt Khuzaimah
9] Maimunah bt Harith.
10] Safiyah bt Huyai.
Anak-Anak Rasulullah :
1) Qassim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Ummi Kalthum
7) Fatimah Az Zahra'

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku .Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."
(Riwayat Al Sajary daripada Anas)


Antara orang-orang yang dekat dengan Rasulullah pada hari Qiamat adalah orang-orang yang rajin berselawat ke atas Baginda. Marilah kita memperbanyakkan selawat agar kita mendapat syafaatnya di hari Qiamat kelak. Amin





notakaki: buat walaupun dalam hati tapi ikhlas pasti dapat pahala dariNya. :)

Thursday 19 September 2013

Aku, Manik & Labuci #part2

Assalamualaikum dan selamat malam buat warga blogger. 

Malam ni dah siap tunaikan niat nak tulis sambungan entry Aku, Manik & Labuci part 2 yang dah lama tertangguh. :) Asalnya, minat jahit manik labuci ni timbul sejak Tingkatan 5, dah nak habis sekolah baru sibuk dengan manik labuci bagai padahal tahun sebelum-sebelum tu tak kisah pun. Sebabnya, masa tu kawan cik pipi yang sorang tu jahit jugak kat baju kurung dia. Tengok macam lawa je, so lepas habis SPM dalam tempoh berhoneymoon kat rumah tu mula la gatal tangan nak jahit. Jahit ni pun sekadar suka suki nak luangkan masa dengan berseni. Orang lain berseni main muzik or bersajak or dalam bentuk lukisan. Tapi disebabkan tangan ni xreti pun nak petik note-note gitar, bersajak pun lebih kurang je, lukisan lagi tak payah cakap la kan TERsangatlah seninya, so beralih la ke dunia seni jahitan manik sebab kalau buruk pun boleh buat-buat jadi lawa. :) 

Hehehe, masa tu tangan pun kekok lagi nak pegang jarum, benang bagai so hasilnya punyalah buruk macam ni....



baju pertama dan kedua yang dijahit manik :)
*huh buruk bebenor ghupenyer*



Then, bila dah biasa sikit jadi macam ni pulak :) 


 design yang umpama jaring jala ikan :D
*baju ni kain cotton so mudah nak jahit*


And... bila dah mahir sikit hasilnya macam ni.... :) 


design ala-ala pucuk sirih tapi macam tak jadi jek :)
*baju yang tersusah nak jahit coz material chifon yang sangat nipis*



design halfmoon inspirasi dari bulan :)
*kain cotton tebal yang sedap untuk jahit manik* 



design ilham dari otak sendiri dan yang paling fav 
coz kain english cotton yang sedap dipakai :)
*paling lama nak siap 3 4 bulan rasanya coz buat sambil belajar*



Masa dah sambung belajar kat kuantan tu kawan-kawan suka dengan hasil jahitan cik pipi. Masa belajar tu tak sempat la nak ambil bebanyak tempahan sampaikan ada kakak seorang tu nak suruh jahitkan kat baju akad nikah dia, tapi terpaksa tolak takut nanti ganggu tumpuan belajar. So inilah gambar-gambar tempahan mereka *thanks guys* :)




baju cik azila yang nak pakai masa E-Day kakaknya :)
design : cik Azila
*sweetnyer pakai warna hijau pucuk pisang + orangnya berkulit cerah*




baju cik nabiha :)
*plain sangat katanya so nak tambah blink2 sikit*




baju cik faezah ni dah bermanik tapi nakkan jahitan cik pipi jugak..:)
design: inspirasi dari bunga sakura
*sanggup dia uraikan jahitan manik baju ni sebelum ditambah blink blink macam ni*



Oleh kerana jahitan yang kemas *kemas la jugak bak kata azila*, dia sekali lagi menempah dengan cik pipi untuk baju yang akan dipakai pada hari perkahwinan kakaknya pada bulan Jun yang lepas sekali dengan baju dan tudung emaknya. Fuh fuh fuhhhhhh... nervous beb baju orang tu nak pakai time event besar lak tu. Kalau hodoh macam mana?? malu tuan rumah nanti dah la family kami memang rapat pun kang tak pasal-pasal jadi kes pulak sebab bajunya huduh. Hehehe demi kawan tersayang siang malam survey design kat tenet dulu baru la jahitkan. Bukan apa, baju dan tudung jahitan butik kan lebih cantik, cik pipi risau kalau orang tengok emak dan adik pengantin perempuan pakai baju biasa-biasa aje. Alhamdulillah, last-last mak dia pun suka sekali dengan dia pun suka :)




 baju cik azila :)
pandangan sisi



:)



tudung emak azila :)
pandangan sisi
*1st tudung yang cik pipi jahit*




pandangan atas :)



Sebenarnya, selain menjadikan baju nampak lebih cantik dan menarik, jahitan manik pun boleh dijahit pada tudung, shawl, kasut dan handbeg. Cuma jahitan pada kasut dan hanbeg adalah lebih rumit dan ambil masa yang lama berbanding baju dan shawl dan upah yang lebih mahal. Jahitan manik jugak mampu menjana pendapatan yang lumayan bergantung pada jenis jahitan dan material yang digunakan. So, berminat nak tempah? boleh pm FB cik pipi di SINI :)

Till next entry guys. bye.






notakaki: selagi ada minat, segalanya tak mustahil. :)

Thursday 12 September 2013

Raya yang dah EXPIRED! #Bhg1

Assalamualaikum buat warga blogger dikasihi. Setelah tamatnya raya pada Jumaat lepas barulah terasa nak update blog pasal raya. cerita basi! Tapi sebab kengkawan tenggah tunggu entry ni kena lah buat jugak kan. *heh tak ikhlas betul lah* peduli hape janji mesti ditepati. cerita pasal raya tahun ni banyak sesangat sampai tak tahu nak mula dari mana. So, dipendekkan cerita, kuih raya semuanya tunjuk belaka, baju raya yang nak pakai sesangat tu tak sempat siap *critical* tup tup dapat pulak baju raya free diSPONSOR oleh kak sepupu *tq kak mimi jasamu dikenang. muahh* :P

ni la baju sponsor tu. nasib baik padan. :)

Then, langsir pakai je yang tahun lepas-lepas, kasut raya last puasa baru pergi cari pakai teknik "tengok->belek-belek->bekenan dihati->bayar. Simple kan?:) hehe memandangkan usia dah "dewasa" tak la hadap sangat nak baju raya 5 6 pasang or ronda sampai pening untuk cari kasut raya macam zaman kanak-kanak dulu. Kesian abah dulu kena ikot je anak kesayangan dia ni ronda tengah panas cari kasut. selagi tak jumpa tanak balik rumah pulak tu. Haish teruk betol lah budak tu masa kecik dulu, anak saper la tu kannn :P 

Raya 1st macam korang jugak lah, pergi masjid then ke kubur menziarahi kubur arwah tokwan dan nenek sebelah abah, petang balik Kedah ziarah kubur tokwan dan nenek sebelah emak pulak. Walaupun tak semua family, sedara mara berjumpa tapi kami still 1 happy family walaupun dah tak bersama kedua arwah. semoga Allah menempatkan mereka dikalangan orang-orang beriman. Amin.

Famili belah emak :)
*tak termasuk sepupu yang raya kat s.p & melaka* :)


suami isteri, adik beradik, ipar duai :)
*mak long, mak ngah, makabah, makcik*


diny, me, syafikah, kak ja
  *cousin & nephew*

Dua tiga hari lepas tu mula la konvoi 1st series & 2nd series rumah kengkawan, dari pagi sampai petang. Tak cukup lagi, buat konvoi tengok movie The Conjuring pulak. Orang dah cakap tengok cerita tu memang tak tidur malam tapi degil kan, semua nak tengok jugak last-last aku 3 malam tak boleh tidur lena. haha tanggung lah dah nak tengok sangat kan. ^^

Gambar konvoi 1st series :)

konvoi rumah senpai Farhana :)


konvoi kat rumah fairuz :)
me,mar,nani,fairuz,fanis,azila


fanis, senpai farhana, me


konvoi rumah azila :)


kembar tak seiras tak seibu sebapa :)
*shayang kak azila tomei-tomei nih*

Yang ni gambar-gambar konvoi 2nd series pulak :)

pepagi lagi kat rumah cik pipi :) 
*ceria dan chomel lagi pepagi ni*


then, rumah my kakak kembar tak seiras:)


lastly, rumah ain :)
*muka kekenyangan dan dah serabai* :D

Actually, banyak lagi gambar tapi tak larat lah nak upload. harap tuan rumah yang tak de gambar dalam ni jangan marah ea. :)

LASTLY........


muka happy sebelum tengok The Conjuring.


friendship last forever :)

next entry: Raya yang dah EXPIRED! #Bhgn2 pulak :)



notakaki: sahabat sejati sentiasa bersama susah & senang :)


Tuesday 16 July 2013

Aku, Manik & Labuci #part1


Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi hari ni 16 Julai cukup 8 hari umat islam berpuasa walaupun aku punya tak cukup 8 hari pun...hehehe *ABC la katakan* :) Semalam dah story-story hal besday hari ni dapat pulak idea nak update blog bertitle Aku, Manik dan Labuci #part1 :)

Dipendekkan cerita, aku dah lama suka sangat manik & labuci ni sejak umur 5 6 tahun lagi. Even, dulu-dulu lagi la teruk rantai gelang manik semua aku buat sendiri. Sape ajar? Nope. takde sape yang ajar. memang dah minat dari dalam perut mak agaknya. :) Semua orang pun ada bakat yang berlainan yang Allah kurniakan dan bakat aku adalah bermanik dan labuci :)

Now, dah tak main rantai gelang manik tu semua, dah up to date to baju kurung and scarf. :) Pada mulanya aku saja je seronok-seronok jahit kat baju sendiri coz bila tambah manik baju tu jadi makin cantik dan naik seri. Tapi kali ni tanak cerita pasal baju-baju yang dah mendapat magic touch dari aku tu, tapi hari ni nak kenalkan pembaca blog cik pipi tembam dengan dunia manik dan labuci :)

Sejarah awal manik ini wujud sejak zaman purba lagi dan dibuktikan kewujudannya oleh ahli arkeologi yang menjumpai tulang, buji, batu kecil dan cengkerang siput yang digunakan sebagai perhiasan oleh orang zaman purba. industri manik jenis kaca telah bermula sejak kurun ke-11 lagi di Venice. Pada awal kurun ke-17, pengeluaran manik kaca telah sampai ke Jamestown, Virginia, A.S. Pada masa itu, manik bersaiz kacang pis telah digunakan untuk berdagang dengan orang Asli Amerika. Sementara itu, orang asli Amerika yang menghasilkan manik menggunakan tanah liat dan cengkerang menjadi tertarik dengan manik yang berwarna warni itu. Antara barang/alat yang ditenun bersama manik adalah tali pinggang, selempang, dan perhiasan seperti gelang dan rantai.
Antara jenis-jenis manik dan labuci :


 
mutiara

manik bulat


manik heksagon


manik silinder

manik biji padi


batu kristal



labuci 



rose 3D



lace

*gambar sumbangan pakcik Google*
walaupun banyak lagi nak tulis tapi jadi agak kekok la pulak tulis panjang2. So, this is the world of cik pipi. Hope u like it :)

p/s : baju mak untuk raya perlu disiapkan. lau tak kene bebel nanti. 




notakaki: baju raya tahun ni warna bendera negeri cik pipi ^^

Monday 15 July 2013

cik pipi tembam #Sweet21

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat warga blogger yang dikasihi. Setelah berbulan lamanya tidak mengupdate blog kesayanganku ini, akhirnya malam ini aku berkesempatan untuk menulis sebuah entri bersemperna ulang tahun kelahiranku yang ke-21. Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dan izinNya untuk memberi aku kesempatan untuk menyambut ulangtahun kelahiranku yang ke 21 pada hari Rabu, 3 julai yang lalu.

Alhamdulillah aku kini dengan rasminya berusia 21 tahun :). So, aku boleh mendaftar menjadi pengundi yang sah taraf. Hahaha. *ok 5 tahun lagi so tayah sibuk2 lah!*. sambutan ulang tahun kali ini memberi seribu makna dalam hidupku. Even tetiap tahun memang sambut tapi apa bezanya dengan tahun ni?Why? why??. Coz tahun ni first time dapat sejambak bunga yang tidak aku jangkakan sama sekali dari incik buah hati *thanks awak*  :) 


Birthday Gurl...
  *ada macam opera cina tak*


Alah setakat bunga pun nak kecoh ke? Hehehe disebabkan first time la jadi amat berharga bunga tu. So, disebabkan rasa sayang sangat dengan bunga tu, memori indah tu diabadikan di dalam foto sebelum bunga tu layu dan kering.... ^^


the flowers of my Heart...


Then, keesokkannya pulak aku sambut birthday with my twin sis, Azila. Actually, kiteorang ni lain mak bapak taw. Yang jadi kembar tu dia tua sehari dari aku *err tak la cukup sehari pun..* so aku panggil dia kakak :). jum tengok gambar meyh... ^^


my sweet 21 Birthday Cakes... yummy yummy ^^
*incik badut tu masih simpan. syg nak makan*




Eating time....
delicious fish n chip from Huski....:)




my sweet BFF...they are so sweet like honey :)




shopping with GIRL FRIENDS... ^^



notakaki : Appreciate our youth, be youth and enjoy it to the fullest!