Daisypath Anniversary tickers
asalamualaikum..selamat datang ke blog budak pipi tembam..terima kasih sudi singgah sini..^^

Thursday 19 September 2013

Aku, Manik & Labuci #part2

Assalamualaikum dan selamat malam buat warga blogger. 

Malam ni dah siap tunaikan niat nak tulis sambungan entry Aku, Manik & Labuci part 2 yang dah lama tertangguh. :) Asalnya, minat jahit manik labuci ni timbul sejak Tingkatan 5, dah nak habis sekolah baru sibuk dengan manik labuci bagai padahal tahun sebelum-sebelum tu tak kisah pun. Sebabnya, masa tu kawan cik pipi yang sorang tu jahit jugak kat baju kurung dia. Tengok macam lawa je, so lepas habis SPM dalam tempoh berhoneymoon kat rumah tu mula la gatal tangan nak jahit. Jahit ni pun sekadar suka suki nak luangkan masa dengan berseni. Orang lain berseni main muzik or bersajak or dalam bentuk lukisan. Tapi disebabkan tangan ni xreti pun nak petik note-note gitar, bersajak pun lebih kurang je, lukisan lagi tak payah cakap la kan TERsangatlah seninya, so beralih la ke dunia seni jahitan manik sebab kalau buruk pun boleh buat-buat jadi lawa. :) 

Hehehe, masa tu tangan pun kekok lagi nak pegang jarum, benang bagai so hasilnya punyalah buruk macam ni....



baju pertama dan kedua yang dijahit manik :)
*huh buruk bebenor ghupenyer*



Then, bila dah biasa sikit jadi macam ni pulak :) 


 design yang umpama jaring jala ikan :D
*baju ni kain cotton so mudah nak jahit*


And... bila dah mahir sikit hasilnya macam ni.... :) 


design ala-ala pucuk sirih tapi macam tak jadi jek :)
*baju yang tersusah nak jahit coz material chifon yang sangat nipis*



design halfmoon inspirasi dari bulan :)
*kain cotton tebal yang sedap untuk jahit manik* 



design ilham dari otak sendiri dan yang paling fav 
coz kain english cotton yang sedap dipakai :)
*paling lama nak siap 3 4 bulan rasanya coz buat sambil belajar*



Masa dah sambung belajar kat kuantan tu kawan-kawan suka dengan hasil jahitan cik pipi. Masa belajar tu tak sempat la nak ambil bebanyak tempahan sampaikan ada kakak seorang tu nak suruh jahitkan kat baju akad nikah dia, tapi terpaksa tolak takut nanti ganggu tumpuan belajar. So inilah gambar-gambar tempahan mereka *thanks guys* :)




baju cik azila yang nak pakai masa E-Day kakaknya :)
design : cik Azila
*sweetnyer pakai warna hijau pucuk pisang + orangnya berkulit cerah*




baju cik nabiha :)
*plain sangat katanya so nak tambah blink2 sikit*




baju cik faezah ni dah bermanik tapi nakkan jahitan cik pipi jugak..:)
design: inspirasi dari bunga sakura
*sanggup dia uraikan jahitan manik baju ni sebelum ditambah blink blink macam ni*



Oleh kerana jahitan yang kemas *kemas la jugak bak kata azila*, dia sekali lagi menempah dengan cik pipi untuk baju yang akan dipakai pada hari perkahwinan kakaknya pada bulan Jun yang lepas sekali dengan baju dan tudung emaknya. Fuh fuh fuhhhhhh... nervous beb baju orang tu nak pakai time event besar lak tu. Kalau hodoh macam mana?? malu tuan rumah nanti dah la family kami memang rapat pun kang tak pasal-pasal jadi kes pulak sebab bajunya huduh. Hehehe demi kawan tersayang siang malam survey design kat tenet dulu baru la jahitkan. Bukan apa, baju dan tudung jahitan butik kan lebih cantik, cik pipi risau kalau orang tengok emak dan adik pengantin perempuan pakai baju biasa-biasa aje. Alhamdulillah, last-last mak dia pun suka sekali dengan dia pun suka :)




 baju cik azila :)
pandangan sisi



:)



tudung emak azila :)
pandangan sisi
*1st tudung yang cik pipi jahit*




pandangan atas :)



Sebenarnya, selain menjadikan baju nampak lebih cantik dan menarik, jahitan manik pun boleh dijahit pada tudung, shawl, kasut dan handbeg. Cuma jahitan pada kasut dan hanbeg adalah lebih rumit dan ambil masa yang lama berbanding baju dan shawl dan upah yang lebih mahal. Jahitan manik jugak mampu menjana pendapatan yang lumayan bergantung pada jenis jahitan dan material yang digunakan. So, berminat nak tempah? boleh pm FB cik pipi di SINI :)

Till next entry guys. bye.






notakaki: selagi ada minat, segalanya tak mustahil. :)

Thursday 12 September 2013

Raya yang dah EXPIRED! #Bhg1

Assalamualaikum buat warga blogger dikasihi. Setelah tamatnya raya pada Jumaat lepas barulah terasa nak update blog pasal raya. cerita basi! Tapi sebab kengkawan tenggah tunggu entry ni kena lah buat jugak kan. *heh tak ikhlas betul lah* peduli hape janji mesti ditepati. cerita pasal raya tahun ni banyak sesangat sampai tak tahu nak mula dari mana. So, dipendekkan cerita, kuih raya semuanya tunjuk belaka, baju raya yang nak pakai sesangat tu tak sempat siap *critical* tup tup dapat pulak baju raya free diSPONSOR oleh kak sepupu *tq kak mimi jasamu dikenang. muahh* :P

ni la baju sponsor tu. nasib baik padan. :)

Then, langsir pakai je yang tahun lepas-lepas, kasut raya last puasa baru pergi cari pakai teknik "tengok->belek-belek->bekenan dihati->bayar. Simple kan?:) hehe memandangkan usia dah "dewasa" tak la hadap sangat nak baju raya 5 6 pasang or ronda sampai pening untuk cari kasut raya macam zaman kanak-kanak dulu. Kesian abah dulu kena ikot je anak kesayangan dia ni ronda tengah panas cari kasut. selagi tak jumpa tanak balik rumah pulak tu. Haish teruk betol lah budak tu masa kecik dulu, anak saper la tu kannn :P 

Raya 1st macam korang jugak lah, pergi masjid then ke kubur menziarahi kubur arwah tokwan dan nenek sebelah abah, petang balik Kedah ziarah kubur tokwan dan nenek sebelah emak pulak. Walaupun tak semua family, sedara mara berjumpa tapi kami still 1 happy family walaupun dah tak bersama kedua arwah. semoga Allah menempatkan mereka dikalangan orang-orang beriman. Amin.

Famili belah emak :)
*tak termasuk sepupu yang raya kat s.p & melaka* :)


suami isteri, adik beradik, ipar duai :)
*mak long, mak ngah, makabah, makcik*


diny, me, syafikah, kak ja
  *cousin & nephew*

Dua tiga hari lepas tu mula la konvoi 1st series & 2nd series rumah kengkawan, dari pagi sampai petang. Tak cukup lagi, buat konvoi tengok movie The Conjuring pulak. Orang dah cakap tengok cerita tu memang tak tidur malam tapi degil kan, semua nak tengok jugak last-last aku 3 malam tak boleh tidur lena. haha tanggung lah dah nak tengok sangat kan. ^^

Gambar konvoi 1st series :)

konvoi rumah senpai Farhana :)


konvoi kat rumah fairuz :)
me,mar,nani,fairuz,fanis,azila


fanis, senpai farhana, me


konvoi rumah azila :)


kembar tak seiras tak seibu sebapa :)
*shayang kak azila tomei-tomei nih*

Yang ni gambar-gambar konvoi 2nd series pulak :)

pepagi lagi kat rumah cik pipi :) 
*ceria dan chomel lagi pepagi ni*


then, rumah my kakak kembar tak seiras:)


lastly, rumah ain :)
*muka kekenyangan dan dah serabai* :D

Actually, banyak lagi gambar tapi tak larat lah nak upload. harap tuan rumah yang tak de gambar dalam ni jangan marah ea. :)

LASTLY........


muka happy sebelum tengok The Conjuring.


friendship last forever :)

next entry: Raya yang dah EXPIRED! #Bhgn2 pulak :)



notakaki: sahabat sejati sentiasa bersama susah & senang :)


Tuesday 16 July 2013

Aku, Manik & Labuci #part1


Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi hari ni 16 Julai cukup 8 hari umat islam berpuasa walaupun aku punya tak cukup 8 hari pun...hehehe *ABC la katakan* :) Semalam dah story-story hal besday hari ni dapat pulak idea nak update blog bertitle Aku, Manik dan Labuci #part1 :)

Dipendekkan cerita, aku dah lama suka sangat manik & labuci ni sejak umur 5 6 tahun lagi. Even, dulu-dulu lagi la teruk rantai gelang manik semua aku buat sendiri. Sape ajar? Nope. takde sape yang ajar. memang dah minat dari dalam perut mak agaknya. :) Semua orang pun ada bakat yang berlainan yang Allah kurniakan dan bakat aku adalah bermanik dan labuci :)

Now, dah tak main rantai gelang manik tu semua, dah up to date to baju kurung and scarf. :) Pada mulanya aku saja je seronok-seronok jahit kat baju sendiri coz bila tambah manik baju tu jadi makin cantik dan naik seri. Tapi kali ni tanak cerita pasal baju-baju yang dah mendapat magic touch dari aku tu, tapi hari ni nak kenalkan pembaca blog cik pipi tembam dengan dunia manik dan labuci :)

Sejarah awal manik ini wujud sejak zaman purba lagi dan dibuktikan kewujudannya oleh ahli arkeologi yang menjumpai tulang, buji, batu kecil dan cengkerang siput yang digunakan sebagai perhiasan oleh orang zaman purba. industri manik jenis kaca telah bermula sejak kurun ke-11 lagi di Venice. Pada awal kurun ke-17, pengeluaran manik kaca telah sampai ke Jamestown, Virginia, A.S. Pada masa itu, manik bersaiz kacang pis telah digunakan untuk berdagang dengan orang Asli Amerika. Sementara itu, orang asli Amerika yang menghasilkan manik menggunakan tanah liat dan cengkerang menjadi tertarik dengan manik yang berwarna warni itu. Antara barang/alat yang ditenun bersama manik adalah tali pinggang, selempang, dan perhiasan seperti gelang dan rantai.
Antara jenis-jenis manik dan labuci :


 
mutiara

manik bulat


manik heksagon


manik silinder

manik biji padi


batu kristal



labuci 



rose 3D



lace

*gambar sumbangan pakcik Google*
walaupun banyak lagi nak tulis tapi jadi agak kekok la pulak tulis panjang2. So, this is the world of cik pipi. Hope u like it :)

p/s : baju mak untuk raya perlu disiapkan. lau tak kene bebel nanti. 




notakaki: baju raya tahun ni warna bendera negeri cik pipi ^^

Monday 15 July 2013

cik pipi tembam #Sweet21

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat warga blogger yang dikasihi. Setelah berbulan lamanya tidak mengupdate blog kesayanganku ini, akhirnya malam ini aku berkesempatan untuk menulis sebuah entri bersemperna ulang tahun kelahiranku yang ke-21. Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dan izinNya untuk memberi aku kesempatan untuk menyambut ulangtahun kelahiranku yang ke 21 pada hari Rabu, 3 julai yang lalu.

Alhamdulillah aku kini dengan rasminya berusia 21 tahun :). So, aku boleh mendaftar menjadi pengundi yang sah taraf. Hahaha. *ok 5 tahun lagi so tayah sibuk2 lah!*. sambutan ulang tahun kali ini memberi seribu makna dalam hidupku. Even tetiap tahun memang sambut tapi apa bezanya dengan tahun ni?Why? why??. Coz tahun ni first time dapat sejambak bunga yang tidak aku jangkakan sama sekali dari incik buah hati *thanks awak*  :) 


Birthday Gurl...
  *ada macam opera cina tak*


Alah setakat bunga pun nak kecoh ke? Hehehe disebabkan first time la jadi amat berharga bunga tu. So, disebabkan rasa sayang sangat dengan bunga tu, memori indah tu diabadikan di dalam foto sebelum bunga tu layu dan kering.... ^^


the flowers of my Heart...


Then, keesokkannya pulak aku sambut birthday with my twin sis, Azila. Actually, kiteorang ni lain mak bapak taw. Yang jadi kembar tu dia tua sehari dari aku *err tak la cukup sehari pun..* so aku panggil dia kakak :). jum tengok gambar meyh... ^^


my sweet 21 Birthday Cakes... yummy yummy ^^
*incik badut tu masih simpan. syg nak makan*




Eating time....
delicious fish n chip from Huski....:)




my sweet BFF...they are so sweet like honey :)




shopping with GIRL FRIENDS... ^^



notakaki : Appreciate our youth, be youth and enjoy it to the fullest!

Saturday 16 February 2013

OLD BUG NEVER DIE...

Asalamualaikum. selamat malam warga Bumi :) ceh ayat. Malam-malam ni rasa nak sangat-sangat update blog yang duk tertangguh jek :P. Topiknya??? jeng jeng jeng....

OLD BUG NEVER DIE....


Hah nate gapo tuh??? :) hukaloh...old bugs tuh keta VOLKSWAGEN la....ala kereta yang korang selalu panggil KETA KODOK tuh...asal buka mulut cakap pasal kereta mesti aku kene gelak kaw kaw lah dengan abah & abang *even my sweetheart pun gelakkan jugak taw! hampehhh... why deorang gelak ?? yelah aku lau orang tanya mesti nak old volks ni jugak la * sebab tu ada kat senarai wishlist!...tak kisah la kuar kete baru, canggih pintu naek kot ataih, berturbo turban sekali pun aku still nak and sayang jugak-jugak kat mr GekGek..*nama manja kete volks yang abang aku panggil setiap kali nak mengena aku.

sejak bila aku suka sangat dengan volkswagen ni? lau nak cakap tu memang aku sendiri pun da tak ingat tapi sejak sekolah rendah lagi dah rasa kereta ni cute & unique :) Then, makin lama makin taksub pulak dengan keta ni. pantang jumpa kat mana sahaja atas jalan, tepi jalan, konvoi or even yang dah tersadai di kedai besi buruk mesti aku tengok jugak. sampai teliang kepala ni cek oii punya la suka :) sampai bf aku pun tergelak-gelak geleng kepala tengok gelagat aku. dia kata aku ni 1 dalam 1000 kot. yelah gurl lain minat viva, myvi, swift yang kiut-kiut tu aku pulak da boleh geng dengan pakcik-pakcik veteren yang minat kete tua. :) why not?? aku menghargai benda lama. semakin tua semakin berharga & tinggi sentimental valuenya. So awak, kene la hargai saya sebab saya 1 dalam 1000!! :)
Kadang-kadang kalau tengok yang dah tersadai kat bengkel kat kedai besi buruk rasa sedih sangat. tertanya-tanya mana asalnya, bila dikeluarkan, siapa tuannya dan kenapa dia boleh berada di bengkel/ kedai besi buruk tu? walaupun usia kereta-kereta ni lebih tua tapi kalau pandai jaga mesti ok. Alah sekadar nak buat berjalan keliling kampung tu ok la kan nak bawak round KL mmg semput lah.. :) Niat dihati ni nak je aku beli semua volks yang tersadai tu repair balik bagi elok & buat collection, dan ada sejarah hidup setiap satunya sehingga aku jadi owner terakhirnya :)
Jangan gelak korang! ni impian aku yang akan aku usahakan bila dah mampu nanti *insyaALLAH... niat nak membeli dah ada duit pun ada dah tapi kalau dia meragam memang parok lah wey..:) so tangguh dulu, simpan duit banyak-banyak dulu baru masyuk nak tunaikan impian ni :) 
Kalau korang yang ada minat sama dengan aku ni boleh la share pendapat ek..tQ...
*Ni antara volks yang tercomel aku jumpa kat mR.Google..cekitdout...:)
Sweet Pinky (convt)Volks * nak yang ni boleh?* :)


 Mini Maroon Volks


Turquoise Volks


Herbie 53 Version.


 Limousine Volks.


 Yellow (convt) Volks

 
tadaaaaaa.... yang ni la aku duk pertimbang nak beli tuh :)
cun kan dia??? ^^


ni pulak hadiah dari mr. A. tQ awak bagi model keta ni kat saya :)
i will treasure it well ^^




notakaki: yang lama tu tak selalunya buruk, yang baru tu tak selalunya bagus...