Daisypath Anniversary tickers
asalamualaikum..selamat datang ke blog budak pipi tembam..terima kasih sudi singgah sini..^^

Friday 7 December 2012

Pensijilan MeSTI#part 2


wahhhh... ni part ke-2 nak update hari ni setelah balik bercuti sebelum mulakan latihan industri (LI)  selama 6 bulan di Fruitania Industry, di Jejawi Perlis.
 Kalau time malas tu lappy berhabuk je dalam beg tapi kalau dah rajin tu dua tiga entry boleh update dalam satu hari :) entry ni di request oleh ex class monitor iaitu cik Atikah Latiff yang nak sangat tahu pasal kursus-kursus yang aku pergi sebelum mula LI. dah sayang kat dia & kawan-kawan, aku nak update lah pasal kursus MeSTI & GMP untuk sama-sama share ilmu yang aku dapat tu okey :)



garis panduan untuk dapatkan MeSTI :)




sijil penyertaan :)


Kursus yang first aku pergi ialah kursus Mesti (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri) yang di anjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. sempat berehat sehari je kat rumah dah kena pergi kursus. Tempatnya di Tasoh Lake Resort & Retreat yang berlangsung selama 3 hari.Tempat ni cantik sangat-sangat so berbaloi la tak sempat rehat kat rumah pun :)
terus la berangan nak buat tempat ni jadi wedding ceremony aku. hahaha...
tempat ni jugak pernah menjadi tempat untuk shooting klip video lagu Kisah Hati by Alyah. lau korang da tengok klip video tu mesti korang ingat tempat ni kat luar negara padahal kat Perlis jek pun :)
then, Fasha Sandha pun jadikan tempat ni sebagai wedding perception untuk sebelah perempuan.
 wahh artis pun datang tempat ni so kira memang cantik la kan..:) Bangga pulak jadi orang Perlis. hewhewhew... ok abaikan.
Antara yang hadir kursus ni geng-geng industri yang ada kat perlis macam Kopi Kawe, HPA, Walid Bird Nest, Fruitania dan industry kecil-kecilan yang lain. Kebanyakkan adalah geng Senior Citizen dan aku & 5 yang lain jek geng muda mudi. hehehe so bayangkan lah agak kekok la nak berkomunikasi. tapi akak-akak jabatan kesihatan & makcik-makcik tu semuanya sporting dan ramah bersembang. kat sana jugak la aku jumpa dengan akak-akaak dari tempat aku nak LI nanti. So, memang bermesra la nanti dah tak malu bila Li.:)
MeSTI ni satu pensijilan yang paling basis dalam industri makanan dimana ia digunakan untuk memenuhi semua keperluan Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Ia juga membantu industi kecil dan sederhana (SME) untuk memasarkan produk mereka ke hypermarket, KR1M, COOP1M dan lain-lain lagi.

 SME juga akan mendapat tunjuk ajar secara percuma  daripada Kementerian Kesihatan Malaysia bersama-sama logo sticker setelah mendapat pensijilan ini buat kali pertama penyertaan. Pensijilan MeSTI juga dapat membantu SME untuk mengembangkan lagi produk mereka di dalam Malaysia.

Macam mana nak apply for MeSTI???

Pertamanya, borang permohonan MeSTI-1/12 hendaklah diisi dimana borang tersebut boleh didapati daripada :
1) Ibu pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia
2) Departmen Kesihatan Negeri
3) Pejabat Kesihatan Daerah
atau
laman web http://fsq.moh.gov.my

Dokumen yang perlu diserahkan untuk mendapatkan Mesti ni adalah:

1) borang permohonan MeSTI -1/12
2) Senarai semak MeSTI-1/12 (yang telah diisi oleh pemohon)
3) salinan slip pendaftaran premis dari Kementerian Kesihatan Malaysia
4) salinan lesen atau kelulusan premis dari mana-mana pihak berkuasa atau agensi kerajaan
5) salinan pendaftaran daripada Companies Commision of Malaysia
6) salinan sijil jaminan keselamatan makanan (kalau ada)
7) flow chart pemprosessan (kalau ada)
Tempoh sah sijil adalah salama 3 tahun.
ni gambar tempat kursus tuh :)









gambar: sumbangan incik Google.

END part 2.



nota kaki: harap sangat dapat buat wedding ceremony kat sini.:)

blog update # part 1


Yeaaahhhh!! Dah lama tak update blog.! haha. teruk kan cik Farah ni? nak dekat 2 minggu dah balik Perlis, kampung halaman tercinta tapi tak reti reti nak update blog. huhu banyak sangat dugaan kalau dah balik rumah. Aikk?? balik rumah ada mak abah kakak pun banyak dugaan lagi? hari tu kat Polisas dugaan melampau-lampau dengan projek final, final exam, kekurangan kewangan + rindu family + rindu incik penyeri taman hati + bla bla bla... So, bila dah balik rumah, dugaan tu datang apabila aku dilayan bak PRINCESS setelah penat berhempas pulas, berdikari + bersendirian di negeri orang :)

 "ala adik penat belajaq haritu baju semua bagi kak basuh"
"adik nak makan apa harini? pesan kat abah satgi mak masak"
"adik syok dak balik rumah? nak makan apa habaq taw nanti abah beli"

hoho apa lagi mula lah sesi HONEYMOON di rumah. apa pun tak payah buat hanya makan, relax & tido je. *bila badan dah naik mula la gelabah!
sampai blog ni pun dah tak di update sekian lamanya...:P

last day kat kuantan memanglah hari PALING PENAT, HAPPY & SEDIH. Paling penat  sebab banyak barang yang perlu handle sendiri. tinggal kat tempat tinggal barang kat terminal tu kalau 1 2 beg takpe, ni 5 beg yang semuanya "ringan" belaka. dah la kena daki tangga yang agak "rendah".:) nasib badan lah... balik sendiri tak de pon orang datang jemput. huhu...

"its ok farah kau kena belajar berdikari nanti tak rugi manalah tahu nanti kau dapat pergi oversea pun kene sorang-sorang jugak." 

aku monolog untuk sedapkan hati yang tak berapa syok mengenagkan akan berpisah dengan kawan-kawan untuk tempoh yang lama. :(

so untuk tinggalkan sweet memory dan jadikan hari paling happy, kami berlima pun sewa lah keta nak ronda bandar Kuantan. pegi sana pergi sini last-last tapak jom heboh jugak yang disinggah. terkena pulak lepas hujan turun padang tu jadi becak sangat-sangat. nak jugak ronda-ronda dengan memang kawan-kawan, pecat lah selipar maka berkaki ayam la dalam padang tu. memang tu la kenagan pergi jom heboh yang paling sweet. berkaki ayam dalam lumpur...:) *aku rasa masuk tv haritu korang tengok tak??
even kat Perlis pun takde kerja aku nak turun sawah main lumpur..tapi tak boleh main lama-lama la coz bus aku pukul 8.45pm so cepat-cepat basuh kaki bersih-bersih nak turunkan beg-beg pulak. nasib la ada adik junior & kawan-kawan dia yang tolong bawak turun *ehehehe...adik lelaki la coz larat sikit tolong bawak beg akak yang macam batu tu..hehe

then, sesi peluk+nangis+berhingusan...
hahaha....serious mata amat bengkak malam tu sampai bawak comforter naik bus nak sembunyi takut orang dengar aku nangis atas bus. haha lawak gila. thanks guys. aku harap persahabatan kita tak kan putus sampai bila-bila..:') 

 ni la hadiah perpisahan yang aku dapat dan kasi kat deorang :)



gelang tangan ni dapat dari bea :)

  keychain LOVE ni sarah yang bagi :)

kiera kasi handphone strips melody :)

ok ni handphone casing & broadband casing yang aku & yatie design untuk kawan-kawan tersayang :)
made by: Numies Felt Craft

END part 1.