Daisypath Anniversary tickers
asalamualaikum..selamat datang ke blog budak pipi tembam..terima kasih sudi singgah sini..^^

Friday 7 December 2012

Pensijilan MeSTI#part 2


wahhhh... ni part ke-2 nak update hari ni setelah balik bercuti sebelum mulakan latihan industri (LI)  selama 6 bulan di Fruitania Industry, di Jejawi Perlis.
 Kalau time malas tu lappy berhabuk je dalam beg tapi kalau dah rajin tu dua tiga entry boleh update dalam satu hari :) entry ni di request oleh ex class monitor iaitu cik Atikah Latiff yang nak sangat tahu pasal kursus-kursus yang aku pergi sebelum mula LI. dah sayang kat dia & kawan-kawan, aku nak update lah pasal kursus MeSTI & GMP untuk sama-sama share ilmu yang aku dapat tu okey :)



garis panduan untuk dapatkan MeSTI :)




sijil penyertaan :)


Kursus yang first aku pergi ialah kursus Mesti (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri) yang di anjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. sempat berehat sehari je kat rumah dah kena pergi kursus. Tempatnya di Tasoh Lake Resort & Retreat yang berlangsung selama 3 hari.Tempat ni cantik sangat-sangat so berbaloi la tak sempat rehat kat rumah pun :)
terus la berangan nak buat tempat ni jadi wedding ceremony aku. hahaha...
tempat ni jugak pernah menjadi tempat untuk shooting klip video lagu Kisah Hati by Alyah. lau korang da tengok klip video tu mesti korang ingat tempat ni kat luar negara padahal kat Perlis jek pun :)
then, Fasha Sandha pun jadikan tempat ni sebagai wedding perception untuk sebelah perempuan.
 wahh artis pun datang tempat ni so kira memang cantik la kan..:) Bangga pulak jadi orang Perlis. hewhewhew... ok abaikan.
Antara yang hadir kursus ni geng-geng industri yang ada kat perlis macam Kopi Kawe, HPA, Walid Bird Nest, Fruitania dan industry kecil-kecilan yang lain. Kebanyakkan adalah geng Senior Citizen dan aku & 5 yang lain jek geng muda mudi. hehehe so bayangkan lah agak kekok la nak berkomunikasi. tapi akak-akak jabatan kesihatan & makcik-makcik tu semuanya sporting dan ramah bersembang. kat sana jugak la aku jumpa dengan akak-akaak dari tempat aku nak LI nanti. So, memang bermesra la nanti dah tak malu bila Li.:)
MeSTI ni satu pensijilan yang paling basis dalam industri makanan dimana ia digunakan untuk memenuhi semua keperluan Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Ia juga membantu industi kecil dan sederhana (SME) untuk memasarkan produk mereka ke hypermarket, KR1M, COOP1M dan lain-lain lagi.

 SME juga akan mendapat tunjuk ajar secara percuma  daripada Kementerian Kesihatan Malaysia bersama-sama logo sticker setelah mendapat pensijilan ini buat kali pertama penyertaan. Pensijilan MeSTI juga dapat membantu SME untuk mengembangkan lagi produk mereka di dalam Malaysia.

Macam mana nak apply for MeSTI???

Pertamanya, borang permohonan MeSTI-1/12 hendaklah diisi dimana borang tersebut boleh didapati daripada :
1) Ibu pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia
2) Departmen Kesihatan Negeri
3) Pejabat Kesihatan Daerah
atau
laman web http://fsq.moh.gov.my

Dokumen yang perlu diserahkan untuk mendapatkan Mesti ni adalah:

1) borang permohonan MeSTI -1/12
2) Senarai semak MeSTI-1/12 (yang telah diisi oleh pemohon)
3) salinan slip pendaftaran premis dari Kementerian Kesihatan Malaysia
4) salinan lesen atau kelulusan premis dari mana-mana pihak berkuasa atau agensi kerajaan
5) salinan pendaftaran daripada Companies Commision of Malaysia
6) salinan sijil jaminan keselamatan makanan (kalau ada)
7) flow chart pemprosessan (kalau ada)
Tempoh sah sijil adalah salama 3 tahun.
ni gambar tempat kursus tuh :)









gambar: sumbangan incik Google.

END part 2.



nota kaki: harap sangat dapat buat wedding ceremony kat sini.:)

blog update # part 1


Yeaaahhhh!! Dah lama tak update blog.! haha. teruk kan cik Farah ni? nak dekat 2 minggu dah balik Perlis, kampung halaman tercinta tapi tak reti reti nak update blog. huhu banyak sangat dugaan kalau dah balik rumah. Aikk?? balik rumah ada mak abah kakak pun banyak dugaan lagi? hari tu kat Polisas dugaan melampau-lampau dengan projek final, final exam, kekurangan kewangan + rindu family + rindu incik penyeri taman hati + bla bla bla... So, bila dah balik rumah, dugaan tu datang apabila aku dilayan bak PRINCESS setelah penat berhempas pulas, berdikari + bersendirian di negeri orang :)

 "ala adik penat belajaq haritu baju semua bagi kak basuh"
"adik nak makan apa harini? pesan kat abah satgi mak masak"
"adik syok dak balik rumah? nak makan apa habaq taw nanti abah beli"

hoho apa lagi mula lah sesi HONEYMOON di rumah. apa pun tak payah buat hanya makan, relax & tido je. *bila badan dah naik mula la gelabah!
sampai blog ni pun dah tak di update sekian lamanya...:P

last day kat kuantan memanglah hari PALING PENAT, HAPPY & SEDIH. Paling penat  sebab banyak barang yang perlu handle sendiri. tinggal kat tempat tinggal barang kat terminal tu kalau 1 2 beg takpe, ni 5 beg yang semuanya "ringan" belaka. dah la kena daki tangga yang agak "rendah".:) nasib badan lah... balik sendiri tak de pon orang datang jemput. huhu...

"its ok farah kau kena belajar berdikari nanti tak rugi manalah tahu nanti kau dapat pergi oversea pun kene sorang-sorang jugak." 

aku monolog untuk sedapkan hati yang tak berapa syok mengenagkan akan berpisah dengan kawan-kawan untuk tempoh yang lama. :(

so untuk tinggalkan sweet memory dan jadikan hari paling happy, kami berlima pun sewa lah keta nak ronda bandar Kuantan. pegi sana pergi sini last-last tapak jom heboh jugak yang disinggah. terkena pulak lepas hujan turun padang tu jadi becak sangat-sangat. nak jugak ronda-ronda dengan memang kawan-kawan, pecat lah selipar maka berkaki ayam la dalam padang tu. memang tu la kenagan pergi jom heboh yang paling sweet. berkaki ayam dalam lumpur...:) *aku rasa masuk tv haritu korang tengok tak??
even kat Perlis pun takde kerja aku nak turun sawah main lumpur..tapi tak boleh main lama-lama la coz bus aku pukul 8.45pm so cepat-cepat basuh kaki bersih-bersih nak turunkan beg-beg pulak. nasib la ada adik junior & kawan-kawan dia yang tolong bawak turun *ehehehe...adik lelaki la coz larat sikit tolong bawak beg akak yang macam batu tu..hehe

then, sesi peluk+nangis+berhingusan...
hahaha....serious mata amat bengkak malam tu sampai bawak comforter naik bus nak sembunyi takut orang dengar aku nangis atas bus. haha lawak gila. thanks guys. aku harap persahabatan kita tak kan putus sampai bila-bila..:') 

 ni la hadiah perpisahan yang aku dapat dan kasi kat deorang :)



gelang tangan ni dapat dari bea :)

  keychain LOVE ni sarah yang bagi :)

kiera kasi handphone strips melody :)

ok ni handphone casing & broadband casing yang aku & yatie design untuk kawan-kawan tersayang :)
made by: Numies Felt Craft

END part 1.


Wednesday 14 November 2012

maaf la awak awak awak sekalian..:)


huhuhu.... hati tak tenang!!! selagi tak update memang tak tenang!
huhu....kau da kenapa farah...gelabah biawak jek....*monolog dalaman.
 
selagi tak update new entry memang la tak tenang. :)
 actually nak mintak maaf sesangat kat korang korang yang da follow blog budak pipi tembam ni tapi dia tak follow korang balik! eh eh jangan la UNFOLLOW pulak ea??? 

sekarang ni tengah study week mode..
 so memang la segala FB Twitter & Blog dalam mode: SLEEP..
study gila-gila eh kau farah??? *gila la sgt kann.. hihi

yela....dah sem last kat POLISAS ni...nak la study kuat-kuat coz da rindu rumah! tanak da duduk sini lelama...ckup la 2 1/2 tahun da kat sini....
bertambah sedih pulak bila orang lain yang rumah dekat-dekat tu boleh balik selalu makan masakan mak bermanja dengan ayah & bermesra dengan adik beradik...
sedangkan aku??? tiket pi balik jek da RM 125.*pokai la ceq lau balik selalu.
1 sem anggaran balik rumah= 2- 4 kali jek....4 kali tuh pun tolak raya yang tak wajib sambut *deepavali, merdeka, hari malaysia, wesak, thaipusam dll.....
kecian gila kannnn....wuuuu~wuuuu~ T_____T

 sangat-sangat rindu mak abah kakak abang +*incik buah hati yg baru menjadi pendatang dengan izin di Perlis tu a.k.a warga Unimap, ayam kucing & paling shayang teddy bear aku yang da berumur 14 thun & ke bawah....:)

huhuhu...sorry sesangat ea.... rasa bersalah pulau lau tak bagi tahu and buat korang tertunggu pulak kannn.....*adab berblogger kena jaga hati blogger lain jugak..^^
apepun thanks ea sudi singgah blog ni & follow...:)
  nanti da abes final kite follow awak awak balik eh...^^
that all lah yang nak cakap...:)
bubye...
#studycepatexamnakdekatdah#

Sunday 4 November 2012

Jamuan Perpisahan Budak T.M


 goOd evening fellas...^^
semalam dah cerita pasal preparation nak ke dinner. 
Hari ni nak cerita pulak apa yang terjadi semalam...:)
Dinner ni khas untuk budak-budak semester 5 Diploma Teknologi Makanan..
ehhh...sem 5 baru da buat dinner??? sebab course ni special sikit..:) ktorang jek yang pergi LI (latihan industri) untuk sem 6. yang lain sem 4 da kene pergi pastu masuk poli balik. leceh tol..
so,untung la kan ambil kos TM ni..:)
TEMPAT: De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang.
FEE: RM 30 per head.
TEMA:"BLOCKING COLOUR". *sampai berpinau mata ni tengok ^^
 ok nak cerita la yang kami geng budak-budak chomel DTM 5B pun bergaya sakan jugak...:)
masuk jek solat magrib semua lelaju jek solat Ferrari pun kalah taw..:)
 dinner dinner pun solat tak tinggal okeyh just semata-mata nak make up tebal-tebal, pkai liptik merah-merah, foundation tebal-tebal...dah last sem kannn *sem 6 praktikal dah... :)
 aku sebagai mak andam tak bertauliah pun mula la berkerja keras nak cantikkan kawan-kawan yang dah memang cantik semula jadi... so beratur la plak tunggu giliran masing-masing...haha lawak betul lah... da siap suruh deorang pakai bedak+foundation siap-siap..yelah nak make up 5 orang kot bukan sorang dua.. dinner pulak start awal pkul 8.30 da kene berkumpul..
 
orang first aku make up kan si yatie tu sebab dia shawl styler... nanti dia pulak pkaikan tudung sorang-sorang...huhu penat kot make up orang macam nak race la pulak..
untuk yatie ni mata aku buatkan "cat eye" pakai eyeliner Masterline dari MAYBELLINE. 
aku terangkan sikit sebab mata dia kecik dengan combination warna hijau + bright yellow 10 Golden Emerald dari SILKYGIRL... 
bibir pulak warna dusty pink*pink belacan yg korg suke sgt tuh la.. dari SILKYGIRL kod 24 
as last touch maskara Super Extend Black dari AVON
*ni jek yang mampu as student kannn...^^

then orang ke dua adalah sarah a.k.a maihwayoung..
dia ni jenis simple sikit & ta suka make up tebal-tabal..
mata pun dia tak bagi bubuh eyeliner...
so just pakaikan dia blusher MAC 06
maskara Black Super Extend dari AVON.
sarah 
yang ke tiga si bea addawiah yang bertema Captain America 
biru+merah+putih
dia ni pandai conteng muka sendri so jimat la masa nak make up dia...just touch up kan sikit-sikit jek la :) *nasib baek ada ko bea... =)
bea
si number 4 pulak my loyal roomate (sem 1 3 4 & 5 together) 
nak paggil dia mek kierah la sebub pasni dia jadi ore klate dah *insyaallah...
ktorang sume terkezut kot tengok kulit muka dia jadi licin sangat-sangat.
 pakai foundation bape inci tataw la kan..:)
so untuk dia aku buatkan light "cat eye" sebab mata dia dah bundar dan booolat sangat lagi lagi bila dah buka spec tu ha..:)
dia pun make up nipis jew.. sebab da cun dah! ^^
kiera

so aku la orang terakir kan....*sobs sobs kelam kabut contiang muka. 
haha nasib la tak jadi opera cina. aku pulak guna theme smoke eyes + twilight make up.
tutorial dia aku cari kat youtube jew. combination warna adalah pale yellow+dark grey.
eye shadow ni jenis sparkling so blink blik la mata ceq semalam..:)
untuk bibir aku gunakan 06 Gorgeous dari SILKYGIRL...
me :)

fuhhh...penat duk pot pet pot pet :)
 jum tgk gambar pulak ea....:)
friends forever....

lovely friends....^^

*erk.....yang ni abaikan ek..=)

si cantik ni fatin farhanah *dia memang cantik pun!

bea yatie & huda...

my classmates...


yummy..^^

dessert yg sihat :)
sedihnya lepis ni da berpisah....:(
banyak sangat kenangan dengan MEREKA...
yang pasti tak akan aku lupakan..:)
#BEST FRIENDS LAST FOREVER#

Saturday 3 November 2012

segmen Bloglist Akhir Tahun by Liyana syafiqah

Morning u olllzz...:)

amboi kau farah....pepagi da blog ek..:) 
mesti la...sehari tinggal cik akiraryuhannastory a.k.a diary online aku da rindu-rinduan..^^
ok bab dinner da settel kot ek...:) petang-petang nanti lah update gambar aweks-aweks cun + jejaka jejaka macho...weeee....;D
   jenjalan sana sini jumpa lah satu segmen ni...

 BLOGLIST AKHIR  TAHUN 2012 BY Liyana syafiqah...:)
 jom la join segmen ni ramai-ramai ek..:)
 follower yang cun/comel/macho : 101 orang

nak reramai lagi...the more the merrier..^^
nak join???? klik jew banner tuh eh...
ok...nak buat kerja sekolah cikgu bagi ni...
bye-bye...

birthday+100th follower+farewell dinner...^^

 petang-petang macam ni rasa nak buat entry la pulak walaupun mata sangat-sangat layu...:)
sebab...hari ni hari lahir incik jantung hati yang ke -22..=)


sayang awak ketat-ketat taw! ^^

tapi agak frust la kan jadi orang ke 3 yang wish kat dia...huhu :(
dah tu sapa pulak no 1 & no 2????
huh...dia cakap kakak 1 kelas dia kat UNIMAP tuh.... 2 2 pompuan...saket tol hati ni.....
tak kan la da tua tua bangka takde common sense langsung? 
mesti la gf dia nak wish dulu...korang tu sape je? sibOk jew wish awal-awal..... 
lantak lah si minah kepoh 2 orang tuh  kan....jangan nak amek si jantung hati aku sudahh...=)
then... good news... hari ni da dapat  100th FOLLOWER!! yahoo...^^ *eleh...baru 100 da kecoh an?

sape la si betuah tuh ea???? :) nama dia cute apple *mesti kiut macam apple kan?? hihihi :)
blog dia Nescafe Ais and tuan belog ni baru je 15 tahun...:) mesti tengah enjoy kan da abes PMR..:)
*teringat pulak aku dulu pun same jek..hahaha

last sekali....hari ni ada farawel dinner anjuran budak-budak sem 5 Diploma Teknologi Makanan kat de' Rhu, Kuantan. TEMA??? BLOCKING COLOUR ;)
Oyeahhhhh~ get ready untuk mix kan warna-warna striking 
*sapa silau pakai la sunglasses ek? kikiki...
 ME??? PALE GREEN + BRIGHT PINK..^^
 sempat lagi aku shopping kasut *erk...wedges kot. Vern's untuk pakai malam ni..:)
hehehe...da last sem kann.. nak jugak chantek-chantek.. siap tambah bunga+manik lagi kat jubah modern aku tu... sampai juling jugak la biji mata ni duk tenung manik-manik tu... 
ni gambar-gambarnye ek...=)

bahagian bawah jubah..^^

bahagian pinggang..^^
ok takat ni dulu..nak bersiap untuk dinner..=) 
bye-bye....

Tuesday 30 October 2012

special G.A by theroseputih....





haa..... pepagi lagi da berblog kan??? 
huhuu actually aku dapat invitation dari tuan tanah blog ni...
ummm..... hadiah dia??? sangat menarik ok...semuanya hand made...:)
*kreatifnya dia! huhuhu...

macam mana nak join??? senang jew macam kacang! *teramatlah senang tu...


korang klik je kat banner tu ok?? ^^

dia buat TIGA KATEGORI...*pemurahnya dia....^^ suka suka suka!!!

1. Pengomen Terbanyak (1 hadiah)--> yang ini aku akan pilih sendiri berdasarkan jumlah komen terkumpul bermula12.00am (21.10.12) sehinggalah 11.59pm (21.11.12) sahaja, komen2 yang sebelum atau selepas maklumat yang dinyatakan ni tak dikira...aku akan catat setiap satu komen yang anda buat di blog therosputih atau jualbelicrocheted tak kisahla entry yang dari zaman pak kaduk sekalipun...setiap salinan komen yang anda submit akan masuk kat email aku, so, aku akan trace dan record satu persatu...

2. Entry Paling Kreatip (1 hadiah) --> yang ini ada aku mention kat kriteria penyertaan (no 4 tu ha) di mana anda kena buat entry dalam bentuk yang paling kreatip yang anda mampu, asalkan mampu menarik minat minat juri yang buat masa ini masih belum ditentukan lagi siapa jurinya, tapi jangan risau...kita akan adilinya dengan bijaksana...

3. Cabutan Bertuah (3 hadiah)--> dah nama pun cabut-cabutan, maka, yang ini sama ada aku akan buat cabutan secara manual atau pakai komputer, tengok kepada penyertaan dulu seramai mana

ni antara hadiahnyaa..... jeng jeng jeng....~


elmo dan cookie monster handmade tuuu!

atau...


atau..

 sarung handphone ni boleh request taw nak warna corak & size ape....:)



DATELINE: 11:59PM 21.11.2012

jangan lepaskan peluang keemasan ni kawan-kawan....^^ jom join segmen ni ramai-ramai ok???

notakaki: bersiap untuk ke kelas pulak...

Sunday 28 October 2012

sekejap je masa berlalu...:)


balik kampung???? opsss da 5 hari kat kampungku yang permai, kg Teluk, Arau, Perlis I.K
raya haji /qurban/aidiladha tahun ni memang bermakna sangat-sangat.. WHY???
coz da setahun KAMI bersama...^^ 
syukur sangat dalam sekelip mata jek hati aku dah pulih dari kecederaan keparahan tahun lepas...*lau sempat nnti lah aku citer ek..    


si dia yang menetap dalam taman hati aku ni bukan lah sesiapa pun...bukan anak raja bukan putera kayangan bukan ank VVVVVVIP or mana-mana datuk datin kat Malaysia ni...
tapi hanya insan biasa yang mampu membuatkan aku tersenyum setiap kali memandang gambar kami..

haishhh..penat lah baca tapi siapa si dia tu kan??? :)
nanti-nanti lah aku cerita ok bub sangat-sangat sibuk mengemas baju untuk balik ke kuantan @ POLISAS petang ni. * kalut nak balik pun dan lagi hang duk mengupdate post kan?? menipu tol! haha



back to SCHOOL!!!! skul ke???? poli la....adeh....memang berat hati nak balik kampus balik kan lau da seronok makan-makan, sembang-sembang dengan family kitew kan kan kan??????
:(
neway lagi sebulan jek kot....pasni aku LI pun dekat umah jugak...^^
 aja aja fighting! *balik ni projek duk tunggu dah...

salam aidiladha buat semua buddies saya...jangan makan daging banyak sangat nanti darah naek! hehehe....:)

nota kaki: beg kosong tak tau nak bawak balik apa...

Tuesday 16 October 2012

MUET exam: ON!!!!!!!!

waaaaaaaaa!!!! esok tanak jadi macam ni!! :( *studi studi
M.U.E.T
Tomorrow 7.30 am.
wish me luck guys...

#nervous gila!! 

*doa ibu mengharungi perjalanan esok....tQ mak doakan adik selalu eh..
 Ganbate Kudasai !!! ^^

*sebarang follow mengfollow akan dilayan selepas habis MUET.tq...^^..*

Sunday 14 October 2012

segmen: Tambah Follower Laju-laju


assalamualaikum and good night fellas..^^
again.. meng'SIBUK'kan diri dengan join segmen tambah follower..
WHY????

hahaha...mesti lah nak tambah follower seramai mungkin...
*opssss....bukan untuk jadi femes, tapi sekadar menambah kenalan dalam dunia blogger..
*SAYA BUDAK BARU BELAJAR*
bilangan FOLLOWER: 40 org si hensem & si chantek!

macam mana nak join segmen ni??? KLIK jek banner tu ok???

INI SURAT CHENTA DARI TUAN PENGANJUR....
1st prize bagi sesiapa yang banyak memiliki followers akan terima topap sebanyak rm30
dan 2nd prize akan menerima rm15 .. 
bagi peserta yang join blog anda akan di review daripada semasa ke semasa
dan setiap orang wajib follow balik kalau takkk ??!!! kita denda dia hehehehe :p

DATELINE: Lepas SPM*spm bila ek???? hihihi...

anda di tag: syazwan, tee atie eykameow

GiveAway by alyzafisol...


GIVE AWAY AGAIN!!!!
  *rajin betol aku join segmen & G.A... nak dapat hadiah freee....heeee..^^


macam mana nak join G.A ni??? senang lah sangat-sangat...^^
first, korang klik banner kat atas tu...
second, buat entry pasal G.A ni...
third, follow tuan tanah yang buat G.A ni dengan fan page dia :)
then, ajak kengkawan 
and lastlyyyyyyyy....... tinggal link kat bahagian komen....

SENANG KAN???? *dak kechik pun tahu nak buat...:P

ha tunggu apa lagi???? cepat la join ini G.A  :)
HADIAH??? Sangat lah MENARIK!! ^.^


TAPI....BUKAN NI JE TAW! 
ce tengok kat bawah ni.....
3 x RM10 cash, 3 voucher starbucks buy one free one Red Bean Green Tea Frappucino, 3 sample shampoo baru sunsilk, 1 sample shampoo Asience & 1 sample Lactacyd...

lagi 1 hadiah MENARIK!!! dapat PERFUME!


miniature Chloe EDP for Women 5ml bernilai RM35

hadiah ini akan diberikan pada TOP REFERRAL...

Dateline: 31/10/2012

nak tag: SEMUA BUDDIES saya..^^
ganbate kudasai!!!