Daisypath Anniversary tickers
asalamualaikum..selamat datang ke blog budak pipi tembam..terima kasih sudi singgah sini..^^

Thursday 12 September 2013

Raya yang dah EXPIRED! #Bhg1

Assalamualaikum buat warga blogger dikasihi. Setelah tamatnya raya pada Jumaat lepas barulah terasa nak update blog pasal raya. cerita basi! Tapi sebab kengkawan tenggah tunggu entry ni kena lah buat jugak kan. *heh tak ikhlas betul lah* peduli hape janji mesti ditepati. cerita pasal raya tahun ni banyak sesangat sampai tak tahu nak mula dari mana. So, dipendekkan cerita, kuih raya semuanya tunjuk belaka, baju raya yang nak pakai sesangat tu tak sempat siap *critical* tup tup dapat pulak baju raya free diSPONSOR oleh kak sepupu *tq kak mimi jasamu dikenang. muahh* :P

ni la baju sponsor tu. nasib baik padan. :)

Then, langsir pakai je yang tahun lepas-lepas, kasut raya last puasa baru pergi cari pakai teknik "tengok->belek-belek->bekenan dihati->bayar. Simple kan?:) hehe memandangkan usia dah "dewasa" tak la hadap sangat nak baju raya 5 6 pasang or ronda sampai pening untuk cari kasut raya macam zaman kanak-kanak dulu. Kesian abah dulu kena ikot je anak kesayangan dia ni ronda tengah panas cari kasut. selagi tak jumpa tanak balik rumah pulak tu. Haish teruk betol lah budak tu masa kecik dulu, anak saper la tu kannn :P 

Raya 1st macam korang jugak lah, pergi masjid then ke kubur menziarahi kubur arwah tokwan dan nenek sebelah abah, petang balik Kedah ziarah kubur tokwan dan nenek sebelah emak pulak. Walaupun tak semua family, sedara mara berjumpa tapi kami still 1 happy family walaupun dah tak bersama kedua arwah. semoga Allah menempatkan mereka dikalangan orang-orang beriman. Amin.

Famili belah emak :)
*tak termasuk sepupu yang raya kat s.p & melaka* :)


suami isteri, adik beradik, ipar duai :)
*mak long, mak ngah, makabah, makcik*


diny, me, syafikah, kak ja
  *cousin & nephew*

Dua tiga hari lepas tu mula la konvoi 1st series & 2nd series rumah kengkawan, dari pagi sampai petang. Tak cukup lagi, buat konvoi tengok movie The Conjuring pulak. Orang dah cakap tengok cerita tu memang tak tidur malam tapi degil kan, semua nak tengok jugak last-last aku 3 malam tak boleh tidur lena. haha tanggung lah dah nak tengok sangat kan. ^^

Gambar konvoi 1st series :)

konvoi rumah senpai Farhana :)


konvoi kat rumah fairuz :)
me,mar,nani,fairuz,fanis,azila


fanis, senpai farhana, me


konvoi rumah azila :)


kembar tak seiras tak seibu sebapa :)
*shayang kak azila tomei-tomei nih*

Yang ni gambar-gambar konvoi 2nd series pulak :)

pepagi lagi kat rumah cik pipi :) 
*ceria dan chomel lagi pepagi ni*


then, rumah my kakak kembar tak seiras:)


lastly, rumah ain :)
*muka kekenyangan dan dah serabai* :D

Actually, banyak lagi gambar tapi tak larat lah nak upload. harap tuan rumah yang tak de gambar dalam ni jangan marah ea. :)

LASTLY........


muka happy sebelum tengok The Conjuring.


friendship last forever :)

next entry: Raya yang dah EXPIRED! #Bhgn2 pulak :)



notakaki: sahabat sejati sentiasa bersama susah & senang :)


No comments:

Post a Comment

hai incik hensem dan cik comel...^^
kalau rasa comel dan hensem KOMEN sini~ hihihihi~