DEMAM INCIK HANDSOME DARI KOREA
*KOREALAH SANGAT KANNN*
INCIK HANSEM DULU-DULU...
Korean Fever dah melanda Malaysia sejak aku darjah 4 lagi *budak hingusan lagi masa tu
tu pun dah pandai minat lelaki korea yang hensem-hensem waktu tu terutamanya si Bea Yong Jun dalam drama Winter Sonata & Song Seung Heon dalam Autumn In My Heart. sekali tengok mak aku kak aku abang aku join. opsss! tisu sekotak memang wajib ada sebab ulang lah banyak mana pun gerenti banjir depan tv tuh. lepas tuh abah aku mesti bebel-bebel cakap tak dak faedah tengok je nangis buat perabeh karan je. Tapi buat tak tahu je*masuk angin keluaq asap. haha punya la obsess sampai macam tuh. pastu mula la duk bercerita kat kengkawan kat sekolah*hobi masa lapang aku. aku pasti mesti korang pun macam ni jugak kan?? ^^
let's cekidout gambar incik hensem tahun awal 2000..
1)Bae Yong Jun
2)Song Seung Heon
lepas tu mula lah MEMborong sebanyak mungkin name card, envelope, poster, keychain diary, stationery etc. yang ada muka incik-incik hensem ni buat jadi BUAH HATI*masa tu je la sekarang da tak boleh ^^
then, bila da masuk secondary school da tak layan la tu semua. drama korea pun tinggal macam tu je becoz duduk asrama. kena paksa dengan my parents.
So, nak ke tak memang kena NAK jugak lah. tak ada pilihan. Then,buat lah muka simpati *muka sebek mulut muncung ke depan dengan abah. But, still same. no choice. duduk jugak la asrama tuh yang jauhnya lebih kurang 15 minit jek dari rumah. *hampeh tol. kene la tinggal incik-incik korea sekejap demi pelajaran....
Eh, apa aku merepek petang-petang jumaat ni. Dah out of topic pulak.
tapi sekarang aku da mula minat incik FLOWER BOY kat bawah ni iaitu.....
*part 1*
Kim Hyun Joong!!!
#incik cute
#incik romantic
#incik stylo
WHY suka dia???? Actually, mula suka dia lepas tengok drama BOF. Then, baru- baru ni tengok drama Playfull Kiss+ Playfull Kiss Special Epsd. Ketinggalan zaman betul lah aku ni orang lain dah berzaman tegok. huhu. But its ok la becoz aku bukan lah HANTU KOREA or Koreaholic sangat pun. Mood pasang surut. *macam laut la pulak dah.
Dia ni leader group SS501. Tapi aku suka lagi dia jadi pelakon sebab suka sangat-sangat tengok muka dia yang sangat cute tu*muka buat hati wanita caiq.
lepas tengok cerita tu mesti ramai berangan nak jadi mcm Oh Ha Ni dalam Playfull Kiss tu kan?*aku la tuh .Untung dapat suami macam tu dah la hensem, pandai masak, romantik. Errrrrr... romantik ke ha? romantik la jugak bagi aku :). Ceh...hampeh lagi sekali. kalau dah suka apa pun tak kira dah..betol kan?? :D
genius dan macam-macam lagi lah walaupun macam sedikit sengal, kejam & berhati batu. =.='
BIODATA RINGKAS KIM HYUN JOONG
Nama: 김현중 / Kim Hyun Joong (Gim Hyeon Jung)
Pekerjaan: Pelakon, Penyanyi
Jenis Darah: B
Tinggi: 180 cm
Berat: 68 kg
Hobi/Minat: Berenang, bola jaring & bola sepak
Keluarga : ayah, emak, abang
nota kaki: incik dalam hati BUKAN dari Korea tapi dari Malaysia..:)
Kim hyun joong !!
ReplyDelete