Daisypath Anniversary tickers
asalamualaikum..selamat datang ke blog budak pipi tembam..terima kasih sudi singgah sini..^^

Tuesday 16 July 2013

Aku, Manik & Labuci #part1


Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi hari ni 16 Julai cukup 8 hari umat islam berpuasa walaupun aku punya tak cukup 8 hari pun...hehehe *ABC la katakan* :) Semalam dah story-story hal besday hari ni dapat pulak idea nak update blog bertitle Aku, Manik dan Labuci #part1 :)

Dipendekkan cerita, aku dah lama suka sangat manik & labuci ni sejak umur 5 6 tahun lagi. Even, dulu-dulu lagi la teruk rantai gelang manik semua aku buat sendiri. Sape ajar? Nope. takde sape yang ajar. memang dah minat dari dalam perut mak agaknya. :) Semua orang pun ada bakat yang berlainan yang Allah kurniakan dan bakat aku adalah bermanik dan labuci :)

Now, dah tak main rantai gelang manik tu semua, dah up to date to baju kurung and scarf. :) Pada mulanya aku saja je seronok-seronok jahit kat baju sendiri coz bila tambah manik baju tu jadi makin cantik dan naik seri. Tapi kali ni tanak cerita pasal baju-baju yang dah mendapat magic touch dari aku tu, tapi hari ni nak kenalkan pembaca blog cik pipi tembam dengan dunia manik dan labuci :)

Sejarah awal manik ini wujud sejak zaman purba lagi dan dibuktikan kewujudannya oleh ahli arkeologi yang menjumpai tulang, buji, batu kecil dan cengkerang siput yang digunakan sebagai perhiasan oleh orang zaman purba. industri manik jenis kaca telah bermula sejak kurun ke-11 lagi di Venice. Pada awal kurun ke-17, pengeluaran manik kaca telah sampai ke Jamestown, Virginia, A.S. Pada masa itu, manik bersaiz kacang pis telah digunakan untuk berdagang dengan orang Asli Amerika. Sementara itu, orang asli Amerika yang menghasilkan manik menggunakan tanah liat dan cengkerang menjadi tertarik dengan manik yang berwarna warni itu. Antara barang/alat yang ditenun bersama manik adalah tali pinggang, selempang, dan perhiasan seperti gelang dan rantai.
Antara jenis-jenis manik dan labuci :


 
mutiara

manik bulat


manik heksagon


manik silinder

manik biji padi


batu kristal



labuci 



rose 3D



lace

*gambar sumbangan pakcik Google*
walaupun banyak lagi nak tulis tapi jadi agak kekok la pulak tulis panjang2. So, this is the world of cik pipi. Hope u like it :)

p/s : baju mak untuk raya perlu disiapkan. lau tak kene bebel nanti. 




notakaki: baju raya tahun ni warna bendera negeri cik pipi ^^

No comments:

Post a Comment

hai incik hensem dan cik comel...^^
kalau rasa comel dan hensem KOMEN sini~ hihihihi~