Daisypath Anniversary tickers
asalamualaikum..selamat datang ke blog budak pipi tembam..terima kasih sudi singgah sini..^^

Friday 7 December 2012

Pensijilan MeSTI#part 2


wahhhh... ni part ke-2 nak update hari ni setelah balik bercuti sebelum mulakan latihan industri (LI)  selama 6 bulan di Fruitania Industry, di Jejawi Perlis.
 Kalau time malas tu lappy berhabuk je dalam beg tapi kalau dah rajin tu dua tiga entry boleh update dalam satu hari :) entry ni di request oleh ex class monitor iaitu cik Atikah Latiff yang nak sangat tahu pasal kursus-kursus yang aku pergi sebelum mula LI. dah sayang kat dia & kawan-kawan, aku nak update lah pasal kursus MeSTI & GMP untuk sama-sama share ilmu yang aku dapat tu okey :)



garis panduan untuk dapatkan MeSTI :)




sijil penyertaan :)


Kursus yang first aku pergi ialah kursus Mesti (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri) yang di anjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. sempat berehat sehari je kat rumah dah kena pergi kursus. Tempatnya di Tasoh Lake Resort & Retreat yang berlangsung selama 3 hari.Tempat ni cantik sangat-sangat so berbaloi la tak sempat rehat kat rumah pun :)
terus la berangan nak buat tempat ni jadi wedding ceremony aku. hahaha...
tempat ni jugak pernah menjadi tempat untuk shooting klip video lagu Kisah Hati by Alyah. lau korang da tengok klip video tu mesti korang ingat tempat ni kat luar negara padahal kat Perlis jek pun :)
then, Fasha Sandha pun jadikan tempat ni sebagai wedding perception untuk sebelah perempuan.
 wahh artis pun datang tempat ni so kira memang cantik la kan..:) Bangga pulak jadi orang Perlis. hewhewhew... ok abaikan.
Antara yang hadir kursus ni geng-geng industri yang ada kat perlis macam Kopi Kawe, HPA, Walid Bird Nest, Fruitania dan industry kecil-kecilan yang lain. Kebanyakkan adalah geng Senior Citizen dan aku & 5 yang lain jek geng muda mudi. hehehe so bayangkan lah agak kekok la nak berkomunikasi. tapi akak-akak jabatan kesihatan & makcik-makcik tu semuanya sporting dan ramah bersembang. kat sana jugak la aku jumpa dengan akak-akaak dari tempat aku nak LI nanti. So, memang bermesra la nanti dah tak malu bila Li.:)
MeSTI ni satu pensijilan yang paling basis dalam industri makanan dimana ia digunakan untuk memenuhi semua keperluan Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Ia juga membantu industi kecil dan sederhana (SME) untuk memasarkan produk mereka ke hypermarket, KR1M, COOP1M dan lain-lain lagi.

 SME juga akan mendapat tunjuk ajar secara percuma  daripada Kementerian Kesihatan Malaysia bersama-sama logo sticker setelah mendapat pensijilan ini buat kali pertama penyertaan. Pensijilan MeSTI juga dapat membantu SME untuk mengembangkan lagi produk mereka di dalam Malaysia.

Macam mana nak apply for MeSTI???

Pertamanya, borang permohonan MeSTI-1/12 hendaklah diisi dimana borang tersebut boleh didapati daripada :
1) Ibu pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia
2) Departmen Kesihatan Negeri
3) Pejabat Kesihatan Daerah
atau
laman web http://fsq.moh.gov.my

Dokumen yang perlu diserahkan untuk mendapatkan Mesti ni adalah:

1) borang permohonan MeSTI -1/12
2) Senarai semak MeSTI-1/12 (yang telah diisi oleh pemohon)
3) salinan slip pendaftaran premis dari Kementerian Kesihatan Malaysia
4) salinan lesen atau kelulusan premis dari mana-mana pihak berkuasa atau agensi kerajaan
5) salinan pendaftaran daripada Companies Commision of Malaysia
6) salinan sijil jaminan keselamatan makanan (kalau ada)
7) flow chart pemprosessan (kalau ada)
Tempoh sah sijil adalah salama 3 tahun.
ni gambar tempat kursus tuh :)









gambar: sumbangan incik Google.

END part 2.



nota kaki: harap sangat dapat buat wedding ceremony kat sini.:)

6 comments:

  1. mahal tak tempat ni.. cantiknya bukit tuuu..

    ReplyDelete
  2. done follow..kite BW kt cni.. sori lmbt yer... follow kite klu sudi ;)
    http://miratulreyyah.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. done follow awak..:) thanks sudi singgah sini:)

      Delete
  3. cantik betul scenary kat situ...nak honeymoon mesti bestkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah best :) tenang jek jiwa lau kat sini..:) buat wedding photoshoot mesti lawa sgt2..

      Delete

hai incik hensem dan cik comel...^^
kalau rasa comel dan hensem KOMEN sini~ hihihihi~