Assalamualaikum dan selamat malam buat warga blogger.
Malam
ni dah siap tunaikan niat nak tulis sambungan entry Aku, Manik & Labuci
part 2 yang dah lama tertangguh. :) Asalnya, minat jahit manik labuci ni timbul
sejak Tingkatan 5, dah nak habis sekolah baru sibuk dengan manik labuci bagai
padahal tahun sebelum-sebelum tu tak kisah pun. Sebabnya, masa tu kawan cik
pipi yang sorang tu jahit jugak kat baju kurung dia. Tengok macam lawa je, so
lepas habis SPM dalam tempoh berhoneymoon
kat rumah tu mula la gatal tangan nak jahit. Jahit ni pun sekadar suka suki nak
luangkan masa dengan berseni. Orang lain berseni main muzik or bersajak or
dalam bentuk lukisan. Tapi disebabkan tangan ni xreti pun nak petik note-note
gitar, bersajak pun lebih kurang je, lukisan lagi tak payah cakap la kan
TERsangatlah seninya, so beralih la ke dunia seni jahitan manik sebab kalau
buruk pun boleh buat-buat jadi lawa. :)
Hehehe, masa tu tangan pun kekok lagi
nak pegang jarum, benang bagai so hasilnya punyalah buruk macam ni....
baju pertama dan kedua yang dijahit manik :)
*huh buruk bebenor ghupenyer*
Then, bila dah biasa sikit jadi macam ni pulak :)
*baju ni kain cotton so mudah nak jahit*
And... bila dah mahir sikit hasilnya macam ni.... :)
design ala-ala pucuk sirih tapi macam tak jadi jek :)
*baju yang tersusah nak jahit coz material chifon yang sangat nipis*
design halfmoon inspirasi dari bulan :)
*kain cotton tebal yang sedap untuk jahit manik*
design ilham dari otak sendiri dan yang paling fav
coz kain english cotton yang sedap dipakai :)
*paling lama nak siap 3 4 bulan rasanya coz buat sambil belajar*
Masa dah sambung belajar kat kuantan tu kawan-kawan suka
dengan hasil jahitan cik pipi. Masa belajar tu tak sempat la nak ambil bebanyak
tempahan sampaikan ada kakak seorang tu nak suruh jahitkan kat baju akad nikah
dia, tapi terpaksa tolak takut nanti ganggu tumpuan belajar. So inilah
gambar-gambar tempahan mereka *thanks guys* :)
baju cik azila yang nak pakai masa E-Day kakaknya :)
design : cik Azila
*sweetnyer pakai warna hijau pucuk pisang + orangnya berkulit cerah*
baju cik nabiha :)
*plain sangat katanya so nak tambah blink2 sikit*
baju cik faezah ni dah bermanik tapi nakkan jahitan cik pipi jugak..:)
design: inspirasi dari bunga sakura
*sanggup dia uraikan jahitan manik baju ni sebelum ditambah blink blink macam ni*
Oleh kerana jahitan yang kemas *kemas la jugak bak kata azila*, dia sekali lagi menempah dengan cik pipi untuk baju yang akan dipakai pada hari perkahwinan kakaknya pada bulan Jun yang lepas sekali dengan baju dan tudung emaknya. Fuh fuh fuhhhhhh... nervous beb baju orang tu nak pakai time event besar lak tu. Kalau hodoh macam mana?? malu tuan rumah nanti dah la family kami memang rapat pun kang tak pasal-pasal jadi kes pulak sebab bajunya huduh. Hehehe demi kawan tersayang siang malam survey design kat tenet dulu baru la jahitkan. Bukan apa, baju dan tudung jahitan butik kan lebih cantik, cik pipi risau kalau orang tengok emak dan adik pengantin perempuan pakai baju biasa-biasa aje. Alhamdulillah, last-last mak dia pun suka sekali dengan dia pun suka :)
pandangan sisi
:)
tudung emak azila :)
pandangan sisi
*1st tudung yang cik pipi jahit*
pandangan atas :)
Sebenarnya, selain menjadikan baju nampak lebih cantik dan
menarik, jahitan manik pun boleh dijahit pada tudung, shawl, kasut dan handbeg.
Cuma jahitan pada kasut dan hanbeg adalah lebih rumit dan ambil masa yang lama
berbanding baju dan shawl dan upah yang lebih mahal. Jahitan manik jugak mampu menjana pendapatan yang
lumayan bergantung pada jenis jahitan dan material yang digunakan. So, berminat nak tempah? boleh pm FB cik pipi di SINI :)
Till next entry guys. bye.
notakaki: selagi ada minat, segalanya tak mustahil. :)