Daisypath Anniversary tickers
asalamualaikum..selamat datang ke blog budak pipi tembam..terima kasih sudi singgah sini..^^

Tuesday 22 January 2013

1001 RAHSIA HERBA #DaunMisaiKucing


malam ni update belog!! yeahhh :) setelah sekian lamanya tangguh jek nak update blog malam ni dapat jugak buat :) selalu sibuk dan penat balik kerja so masih mencari-cari kekuatan untuk bercerita kat sini. tajuknya????? 1001 RAHSIA HERBA #DaunMisaiKucing..

Oleh kerana aku dah praktikal kat kilang yang menghasilkan minuman kesihatan berasaskan herba jadi nak lah jugak share ilmu yang aku da dapat. Terdapat 16 produk yang dihasilkan berasaskan herba dan tumbuhan yang amat bagus untuk kesihatan kita. Ginseng Tongkat Ali Misai kucing tu adalah antara herba yang kita pernah dengar. Tapi, aku sendiri terkejut apabila pergi belajar dengan incik Penyelia yang secara tak langsung sebagai tukang buat formulasi untuk setiap produk yang dihasilkan :)

Antara herba lain adalah Pureria Mirifica, Daun Inai, Mengkudu, Kacip Fatimah, Manjakani, Pegaga, Butea Superba, Tunjuk Langit, Medang Wangi dan banyak lagi! Setiap satunya mempunyai kebaikan yang tersendiri contohnya Daun Misai kucing  dapat menstabilkan kandungan gula dalam darah, merendahkan tekanan darah bagi yang mempunyai penyakit darah tinggi, mencuci buah pinggang dan melawaskan kencing, memecahkan batu karang alam pundi kencing dan sebagai anti fungus anti alahan anti radang dan anti tekanan. Fuyoooohh.... banyak kan kebaikkannya? ni baru Daun Misai Kucing jek, yang lain-lain yang berpuluh-puluh jenis tu memang banyak lagi yang aku perlu pelajari :)

Daun Misai Kucing

END...

notakaki: malam ni penat sangat2....nanti sambung lagi*tido awal*

No comments:

Post a Comment

hai incik hensem dan cik comel...^^
kalau rasa comel dan hensem KOMEN sini~ hihihihi~